IBADAH QURBAN & AQIQAH 2022 BERSAMA USTAZAH ASMA' BINTI HARUN
ISTIMEWA QURBAN & AQIQAH BERSAMA
USTAZAH ASMA' BINTI HARUN
Khidmat Pelanggan
Korban/Akikah dalam Malaysia :
Korban/Akikah Luar Negara :
LADANG TERNAK UMMAH
SUNGAI YU, KUALA SELANGOR, SELANGOR
Alhamdulillah. Terima kasih kerana berminat bersama kami Ladang Ternak Ummah (LTU) kendalian Hijrah Ternak Agro (HTA) naungan Ustazah Asma' Harun (UAH) bagi tahun 1444H/2023M.
Kami menawarkan pakej Qurban dalam Malaysia dan di Luar Negara, serta haiwan ternakan hidup.
1. Apakah pengertian ibadah Qurban?
Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.
2. Apa itu ibadah Akikah?
Akikah bermaksud penyembelihan haiwan ternakan tertentu dengan tujuan tanda syukur kita di atas kelahiran cahaya mata.
Ibadah akikah merupakan satu sunnah yang dituntut oleh Rasulullah SAW apabila seseorang itu menerima cahaya mata.
Akikah yang paling terbaik dilakukan pada hari ke-7 iaitu menyembelih haiwan, memberikan nama anak serta mencukurkan kepalanya.
3. Apakah perbezaan antara Akikah dan Qurban?
Akikah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah Qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
"BERSAMA MEMACU EKONOMI UMMAH"
DAFTAR QURBAN & AQIQAH